Pendapatan Pemandu Uber

Berapa jumlah pendapatan yang diperolehi pemandu uber setiap hari? 


 Saya telah mempunyai pengalaman sendiri dalam memandu uber ini. Saya juga telah "menemu ramah" beberapa rakan lain yang juga menjadikan uber sebagai salah satu sumber pendapatan harian. Mungkin ini boleh membantu anda membuat keputusan untuk join uber dan jadi pemandu uber. Walaupun pendapatan masing-masing bergantung kepada usaha dan paling penting sekali, rezeki dari Allah.

Ramai kawan yang pernah kerja oil and gas (O&G) yang diberhentikan kerja menjadikan uber sebagai kerja baru. Mereka bukan tidak mahu kerja, cuma pasaran pekerjaan untuk Oil and Gas sekarang ini amat kompetitif, ini disebabkan oleh harga dan juga market semasa untuk minyak jatuh merudum dan menyebabkan syarikat minyak rugi. Ini menyebabkan mereka terpaksa melepaskan pekerja mereka demi untuk meneruskan perniagaan mereka.

 Majoriti kawan kami yang menjadi pemandu uber adalah bekas pekerja syarikat minyak. Tidak kurang juga mereka yang tidak mahu bekerja tetapi mahu menjadi bos sendiri. Mereka mempunyai kenderaan yang patuh dengan syarat Uber, lalu mereka daftar menjadi pemandu uber.
pemandu uber malaysia


 Kembali kepada soalan tadi, "Berapa pendapatan pemandu Uber ?" . Pengalaman peribadi saya sendiri, saya memandu dalam 3-4 jam sahaja sehari. Ini kerana saya mempunyai kerja hakiki yang memerlukan saya bekerja dari tengah hari hingga malam. Di dalam 3-4 jam tersebut, saya boleh membuat dalam RM50 - RM100 sehari. Tidak banyak sebab saya buatnya part time sahaja tetapi cukup untuk menampung keperluan asas seperti bayaran kereta, minyak atau sebagainya. Kalau rajin, lebih dari pendapatan pemandu teksi sebulan.

Ini belum dikira mereka yang target insentif yang diberikan Uber kepada pemandu. Dan juga tidak mengambil kira mereka yang bekerja Uber full time. Saya pernah jumpa dengan seorang Cina, beliau buat Uber full time, dari pukul 8pg-2pg setiap hari. Income Uber dia bercampur dengan insentif harian mencecah RM600. Percaya atau tidak sahaja. Rajin atau tidak sahaja.Saya mula-mula macam tidak percaya juga, tapi selepas dia tunjukkan bukti, terbeliak mata saya. Haha . Ini juga tidak dicampur dengan bonus menjadi uber partner di Malaysia ni.

So, anda perlu fikir sendiri sebelum daftar jadi pemandu uber. Adakah ini yang anda mahukan? Adakah anda hendak menambah wang dari RM100 hingga ke berapa sehari? Jikalau anda ada masa terluang atau target kewangan tertentu yang hendak dicapai, boleh cuba menjadi driver uber di Malaysia.

Video dibawah menceritakan pengalaman orang US menjadi pemandu Uber.

Cara Daftar untuk Jadi Pemandu Uber

Ramai diantara mereka yang datang ke laman web kami ini berminat untuk menjadi pemandu uber. Tetapi disebabkan ramai yang tidak tahu cara, kami akan kongsikan cara untuk daftar dengan uber untuk menjadi pemandu peribadi dan mencari duit tambahan untuk menampung gaya hidup mereka. Ramai yang mempunyai masa terluang dan teringin untuk membawa kereta peribadi sebagai uber.
Dibawah ini kami sediakan step by step untuk mendaftar sebagai uber . Sila ikuti dengan betul dan selamat berjaya dengan Uber!

Cara Mendaftar untuk Jadi Pemandu Uber



Langkah pertama untuk Daftar dengan Uber

Anda perlu click link dibawah dan lakukan pendaftaran. Isi nama dan maklumat lain yang di minta. Sila pilih bandar yang anda duduki ketika membuat pendaftaran. Jika ingin memandu di Penang jangan pula mendaftar untuk Kuala Lumpur. Kerana akaun anda hanya akan aktif di bandar mana anda mendaftar. Sehingga Jun 2016, Uber Malaysia hanya terdapat di beberapa bandar sahaja iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Penang dan yang terkini Kota Kinabalu. Setelah itu sila upload semua dokumen yang diperlukan.

Caranya senang sahaja iaitu anda hanya perlu menambil gambar dokumen atau upload image file dokumen yang diperlukan. Diikuti dengan mengemaskini memasukkan nombor akaun bank kerana Uber bayar guna GlobalPay setiap minggu terus ke akaun bank  anda. Sila klik link dibawah untuk daftar dengan uber:


Langkah Kedua Untuk Daftar Sebagai Pemandu Uber

Setelah selesai membuat pendaftaran, anda akan menerima email dan sms di no handphone dan email yang anda guna semasa membuat pendaftaran. Email dan SMS tersebut akan memberikan langkah seterusnya iaitu anda perlu mendengar taklimat di tempat dan masa yang telah ditetapkan. Bagaimanapun kini , mereka cuma menyuruh anda menonton video sebagai ganti taklimat kerana lebih berguna dan jimat masa. Ini adalah traning video tersebut.




Langkah Terakhir sebelum anda menjadi Pemandu Uber

Sila ke lokasi taklimat pada masa yang telah ditetapkan dan membawa kenderaan yang anda ingin gunakan semasa memandu Uber. Sila bawa bersama IC, cover note insurance dan dokumen lain yang diperlukan oleh Uber. Anda akan diproses di lokasi taklimat tersebut. Anda juga akan diberi tutorial dan tips untuk memandu uber oleh mereka yang bertugas. 

Selesai sesi pendaftaran di lokasi taklimat, mereka akan mengajar anda step by step macam mana hendak menjalankan uber dan juga cara operasi uber. Disini, anda boleh terus bertanya kepada mereka jikalau ada apa-apa kemusyikilan tentang driving dengan uber. 

Akhir Kata

Ini sahaja proses yang anda perlu lalui untuk menjadi pemandu dengan uber. Untuk pemandu baru, anda mungkin menerima sign up reward selepas menyempurnakan sejumlah trip ditetapkan Uber. So basically ini sahaja la yang perlu dilakukan untuk anda mendapat pendapatan sampingan. Sila usaha untuk mencapai target reward yang ditetapkan,kerana ia adalah duit free yang diberi oleh uber.

Daftar Menjadi Pemandu Uber

Good luck abang!

Apa itu Uber ?

Salam,

Uber adalah salah satu servis terbaru yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Ia merupakan satu servis dimana kita boleh menaiki kereta biasa, bukan teksi, untuk ke tempat-tempat sekeliling.

Uber Malaysia baru lagi dilancarkan di Malaysia. Jadi, ssambutan adalah masih sedikit. Tetapi, tidak bermakna anda tidak boleh membuat duit dengan menjadi pemandu Uber.

Anda hanya perlu mempunyai kereta sendiri, lesen memandu dan pengalaman dan pengetahuan jalan di sekeliling Kuala Lumpur.

Anda berminat? Boleh daftar disini http://ubr.to/1PnGlEZ . Email saya, saya akan membantu anda :)
Up