Dibawah ini kami sediakan step by step untuk mendaftar sebagai uber . Sila ikuti dengan betul dan selamat berjaya dengan Uber!
Cara Mendaftar untuk Jadi Pemandu Uber
Langkah pertama untuk Daftar dengan Uber
Anda perlu click link dibawah dan lakukan pendaftaran. Isi nama dan maklumat lain yang di minta. Sila pilih bandar yang anda duduki ketika membuat pendaftaran. Jika ingin memandu di Penang jangan pula mendaftar untuk Kuala Lumpur. Kerana akaun anda hanya akan aktif di bandar mana anda mendaftar. Sehingga Jun 2016, Uber Malaysia hanya terdapat di beberapa bandar sahaja iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Penang dan yang terkini Kota Kinabalu. Setelah itu sila upload semua dokumen yang diperlukan.Caranya senang sahaja iaitu anda hanya perlu menambil gambar dokumen atau upload image file dokumen yang diperlukan. Diikuti dengan mengemaskini memasukkan nombor akaun bank kerana Uber bayar guna GlobalPay setiap minggu terus ke akaun bank anda. Sila klik link dibawah untuk daftar dengan uber:
Langkah Kedua Untuk Daftar Sebagai Pemandu Uber
Setelah selesai membuat pendaftaran, anda akan menerima email dan sms di no handphone dan email yang anda guna semasa membuat pendaftaran. Email dan SMS tersebut akan memberikan langkah seterusnya iaitu anda perlu mendengar taklimat di tempat dan masa yang telah ditetapkan. Bagaimanapun kini , mereka cuma menyuruh anda menonton video sebagai ganti taklimat kerana lebih berguna dan jimat masa. Ini adalah traning video tersebut.
Langkah Terakhir sebelum anda menjadi Pemandu Uber
Sila ke lokasi taklimat pada masa yang telah ditetapkan dan membawa kenderaan yang anda ingin gunakan semasa memandu Uber. Sila bawa bersama IC, cover note insurance dan dokumen lain yang diperlukan oleh Uber. Anda akan diproses di lokasi taklimat tersebut. Anda juga akan diberi tutorial dan tips untuk memandu uber oleh mereka yang bertugas.
Selesai sesi pendaftaran di lokasi taklimat, mereka akan mengajar anda step by step macam mana hendak menjalankan uber dan juga cara operasi uber. Disini, anda boleh terus bertanya kepada mereka jikalau ada apa-apa kemusyikilan tentang driving dengan uber.
Akhir Kata
Ini sahaja proses yang anda perlu lalui untuk menjadi pemandu dengan uber. Untuk pemandu baru, anda mungkin menerima sign up reward selepas menyempurnakan sejumlah trip ditetapkan Uber. So basically ini sahaja la yang perlu dilakukan untuk anda mendapat pendapatan sampingan. Sila usaha untuk mencapai target reward yang ditetapkan,kerana ia adalah duit free yang diberi oleh uber.
Daftar Menjadi Pemandu Uber
Daftar Menjadi Pemandu Uber
![]() |
| Good luck abang! |
